
Ni lah antara koleksi majalah rapi yang aku ada kat umah. Sebenarnya, RAPI ni kira dah jadi majalah yang mesti aku beli tetiap bulan. Membaca kan menambah pengetahuan.. Cewahhh!!!

Ni lak antara koleksi kasut yang aku ada untuk senaman. yang ni special sket..sebab dulu beli sama2 'org tu'.. still elok lagi..

Ni dumbell aku yang beratnya cuma 1 kg jer setiap satu. Dulu ada 1 jer, Isnin lepas aku tambah koleksi dumbell aku. Sekarang aku ada satu dumbell dgn 3 kg dan 2 small dumbell yang beratnya 1kilo setiap satu. Apa??? 1 kilo jer?? Hmmm..penat wooo walau pun 1 kilo. Cuba buat 3 set 15 rep setiap satu set plus sambil wat squatting / lunges. Lebih penat kalau Cik Sumi yang coach masa tu... nak jer menjerit 'tolong!!!!!!!!!'...

YAng nih, gambar aku amik daripada majalah RAPI. nak tafsir apa ya?? Hmmm...mungkin aku bleh kata macam nih..'makanlah epal untuk kurus'. Hehehe..
No comments:
Post a Comment