Thursday, December 27, 2012

Aku dicabar lagi.. Berjaya kah aku kali ni??

Semenjak join TF dan appoint Kimi as my PT, aku memang selalu dicabar. So, disebabkan menyahut cabaran tu, aku willing utk susun semula jadual harian kerja aku. So aku akan ada masa utk pegi gym either sebelah petang lepas habis keje atau stay sekejap kat opis siapkan apa2 yg patut dan attend training waktu malam pukul 8. Kebiasaannya aku amik sesi malam sebab rileks sket, boleh solat maghrib dulu dan pastu wat cardio barang 15 minit sebelum sambung training ngan Kimi. 

Kali pertama buat body scan, rasa impressed.. hehehehehe, bleh turun 2 kilo. mcm tak caya jer. after 2 week, timbang lagi, alhamdulillah, ada penurunan lagi. kali ni 3.7 kilo. huhuhuhu..mcm tak sangka.seronok bila PT sendiri ucap tahniah. Rasa sgt berbbesar hati... hehehe.. chewahh!!

Tapi another next 3 weeks, mcm2 plak yang jadi. dgn aku demam nya, pastu PT plak demam virus (seminggu training tak de PT), pastu aku kena 'urine kotor' pulak, so proses diet agak terbantut sket 3 minggu tu. berat yg elok2 dah turun sket mnggu tu naik sikit plak.. Huhuhu..skali nak wat body scan, takut giler. Takut target aku lari. Tapi alhamdulillah turun gak lah 2.7 kilo. So daripada tarikh aku mula trained ngan Kimi sampai lah kali terakhir timbang hari tu, total penurunan aku ialah lebih kurang 8kg. Alhamdulillah.. lega2..

Tengok trend penurunan tu, aku terus bersemangat nak meneruskan misi aku ni. Aku tetapkan azam, insyaAllah, aku akan teruskan misi ni sampai aku capai tahap berat aku yg paling ideal. Tapi aku tak der lah over confident. just set ideal goal. Caiyok!! Caiyok June!!!

Tapi selasa baru2 ni (krismas 2012) aku dikejutkan dengan berita yang bagi aku agak sedih ar.. Huhuhuhuhuhuuuuu!!! Kimi PT aku yang best tu akan last day di TF pada 31/12/2012. Huhuhuhuhuhuuuu!! Sedih giler. Down sekejap!!! Mana tak nyer , dia dah trained aku selama 22 jam. Nanti tambah lagi 5 jam, so total 27 jam, memang ar sedih. Memasing dah faham style each other. senang cakap dah ada keserasian ar. So sapa yang akan trained aku lepas ni??? Dah lah aku ada baki berbelas2 sesi lagi.. Kawan baik Kimi (Ayie) pun sama2 akan habis 31/12. Alamak! Susah hati dah ni. Tak per! Tak per! Chill june... Aku cakap elok2 ngan Kimi untuk recommend PT lain yang sesuai dengan level dan style aku ni. Maklum lah..aku ni bukan cerewet, tapi aku sentiasa nak yang terbaik utk aku. (hehehehehe..ada beza ker??). Apa2 jer lah Cik June.. Sengih jer Kimi bila dengan permintaan aku tu. Hopefully dpt yang serasi gak. (Pssstt!! Aku sebenarnya tak suka PT yang garang. kalau dapat yg species singa tu, minta maaf byk2 ar, confirm aku akan banned. hehehehe)..

Satu lagi permintaan my PT ialah disebabkan penurunan aku masih tak capai target, so Kimi request untuk trained aku setiap hari dlm minggu ni dan akan buat body scan at the end of week. Mak aiii!! Berat nih.. Larat ker badan aku ni?? Tapi lepas diyakinkan dengan mcm2 kata2 berbentuk psikologi yg aku memang boleh buat, maka bermula dari hari selasa aku training:

Selasa: 2 jam (upper body)
Rabu: 1 jam (lower part)
Khamis: 1 jam (mlm ni kul 8)agaknya part tangan + abdomen..
Jumaat: 1 jam (kardio sahaja coz PT tak der)target soled 1 jam cardio. target cal burned?? Setakat yg termampu jer lah..
Sabtu: 1 jam (insya Allah datang) dan wat body scan
Ahad...kena balik kampung jumpa famili. 

So, utk minggu ni aku akan catat sejarah diri aku training ngan PT 7 jam 6 hari dalam satu minggu. Dan aku harap ada result yang bagus untuk aku. Hopefully target tu dapat dicapai.. InsyaAllah..doakan ya..

Cukup lah utk kali ni, nanti bila dah dapat result aku update lagi okeh. Lepas ni nak siap2 nak bertolak pergi ke gym (of course solat maghrib dulu ya sebelum masuk gym).

Bye! Bye! 

(Acik June)


Tuesday, November 20, 2012

Menu hari ini (20/11/2012)

B/fast (8.30am) : Shake (4 scp F1 + 300ml H2o)
Minum pagi:  -
Lunch (1pm): Nasi putih (1 mgkuk kecil) + Sayur kobis + ikan pari bakar + air asam
Minum Petang:  -
Dinner (8.45pm) : Jagung (1 tongkol) + Betik (3 ptg) + kerepek (5 keping) 

Total H2O : 3 liter++
Kardio : 160 cal
Weight Training: 1 hour (PT)

Dan malam ni aku rasa sgt panas, mungkin otot2 sdg membakar lelemak dalam bdn nih hasil daripada training with Kimi @TF. 

Dah bersawang blog ni..

Lama betul tak menulis. Malam ni tetiba rajin plak nak bercerita kat sini. Sebenarnya banyak nak diceritakan tapi tak berkesempatan. Lately aku bz dgn aktiviti gym.. hehehehehe...berpindah daripada FF kepada TF pulak. Bukan sebab tak suka, tapi nak beralih angin.

Keputusan yg aku ambik untuk join TF tidak mengecewakan. Hehehehe..mula2 memang berat nak gi gym, walaupun dah invest RM. Pastu biasa lah..bila dah lama2 addicted plak. penat keje macam mana pon, mesti cari masa nak gi xcercise.. best..



Aku ada gak ambik PT, just to challenge myself.. nantilah, next entry aku citer fasal PT plak ya...


Wednesday, April 18, 2012

Nak makan nasi lemak boleh tak???

Aku teringin sangat nak makan nasi lemak..huhuhuhuuuuu...mcm mana nih...???

Bila ditengok2 jumlah kalori yang ada dalam nasi lemak tu, mengerikan lah pulok. Banyak nyer kalori dan lemak yang ada dalam sebungkus nasi lemak (saiz 1 cawan)..

- kalori: 338.7
- karbohidrat: 50.61 gm
- lemak: 11.3 gm
- protein: 8.43 gm

Mcm mana pun, aku nak bagi tau yg aku teringin sangat nak makan nasi lemak. Boleh tak nak makan sesuap jer?? Atau, kalau tengok gambar nih bleh hilang rasa teringin tak?

Turun ke, tak turun... Meh kita tengok progress...