Malam ni sesambil tengok TBL Asia dan disambung dengan citer Merlin, aku surf website. Kot-kot lah ada info yang bleh dimasukkan dalam blog. So, aku buka website http://www.myhealth.gov.my/. Hmmm.. banyak gak info yang ada. Cuma presentasi artikel yang tak berapa menarik minat org nak baca (aku agaklah..). Sebabnya info dalam bentuk esei yang panjang. Dalam duk surf tu, jumpa lah artikel nih.. okay lah...
---------------------------------
FAKTA: Makanan yang membantu membakar lemak.
1) Bawang putih: mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolestrol dan lemak yang tidak sihat.
Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.
2) Epal: mengandungi bahan kimia dipanggil 'pectin' yang juga boleh didapati dalam buah beri dan buahan segar lain.
3) Kacang soya: mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.
4) Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon: mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.
5) Asparagus: mengandungi kimia 'asparagin'. Ia sejenis 'alkaloid' yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.
6) Tauge: sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.
7) Lobak merah: mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan membuang sisa lemak dengan cepat.
8) Seleri: mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.
9) Timun: mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.
10) Tomato: tinggi vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan
11) Oat: membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.
12) Kubis: makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.
13) Teh hijau: mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.
14) Bawang merah: mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.
No comments:
Post a Comment