Tuesday, February 16, 2010

Semangat!!!! Hehehehe...

Ni lah antara koleksi majalah rapi yang aku ada kat umah. Sebenarnya, RAPI ni kira dah jadi majalah yang mesti aku beli tetiap bulan. Membaca kan menambah pengetahuan.. Cewahhh!!!

Ni lak antara koleksi kasut yang aku ada untuk senaman. yang ni special sket..sebab dulu beli sama2 'org tu'.. still elok lagi..

Ni dumbell aku yang beratnya cuma 1 kg jer setiap satu. Dulu ada 1 jer, Isnin lepas aku tambah koleksi dumbell aku. Sekarang aku ada satu dumbell dgn 3 kg dan 2 small dumbell yang beratnya 1kilo setiap satu. Apa??? 1 kilo jer?? Hmmm..penat wooo walau pun 1 kilo. Cuba buat 3 set 15 rep setiap satu set plus sambil wat squatting / lunges. Lebih penat kalau Cik Sumi yang coach masa tu... nak jer menjerit 'tolong!!!!!!!!!'...


YAng nih, gambar aku amik daripada majalah RAPI. nak tafsir apa ya?? Hmmm...mungkin aku bleh kata macam nih..'makanlah epal untuk kurus'. Hehehe..



Menu baru musim ini...


Masa mula-mula start TBL MQA ari tu, aku naik berat 0.5 kg. Sapa yang tak tau tu, sila refer pada entry terdahulu. (Hehehe..bengang jer masa tu.. tak senang duduk tuh). So aku refer pada coach asal aku kat herbalife. Lepas buk bak buk bak, cerita itu ini itu ini kat coach tu, dia pun suggest aku ikut plan pemakanan yang betul. Hmmm...ini dier..
Sarapan : shake (4F1+2F3) & 400 ml H2O
Lunch: Makan macam biasa (cuma kena elakkan daripada makan yang berminyak dan berlemak)
Dinner: Shake (4F1+2F3) & 400ml H2O
in between kalau lapar, minum air jer atau bleh jugak amik shake (2F1 & 200ml H2O).
Minimum air kena minum ialah 4 liter (dari mula celik mata sampai pejam mata)

Itu lah yang aku buat. Hasilnya aku dapat turunkan 3.1 kg dalam masa 3 minggu. Tapi last week berat plateu lak. Memandangkan trainer untuk TBL MQA jugak dari Herbalife, so aku mintak pendapat diorang. Mula2 tu perit gak kena marah. Mana tak nye.. minggu sebelum penimbangan yang aku plateu tu, aku kurang minum air. Rasanya tak sampai 3 liter sehari. Itu kesalahan yang pertama dan sebab utama kenapa aku tak bleh turun berat badan minggu lepas.

Kesalahan yang kedua, mungkin sebab aku banyak makan masa kenduri umah makcik aku ari tu. Hehehe..dah lama tak pegi kenduri..jumpa makan 'cap jawa', apa lagi, membedal lah. Tapi time lunch jer tau. Jenuh membilang waktu nak tunggu kul 12.30 t/hari nak makan lunch... Nasib baik berat tak naik.. kalau naik, haru tul.

Masa aku jumpa marcia ngan eugene ari tu, diorang propose schedule baru lak untuk aku. KAli ni aku kena ambik macam ni lak:
Breakfast (7.00-7.30am): Shake (3F1+1F3) & H2O
AM Snack (11.00am) : Shake (3F1+2F3) & H2O
Lunch (1.00 pm) : Bleh makan macam biasa, cuma aku kena 'avoid' @ tak bleh langsung makan makanan yang 'deep fry'. cth ayam goreng.. (Yummy! Yummy!) Tetiba lak teringat kat KFC. Tak Bleh! Tak Bleh!
Evening Tea (5 @ 6 pm) : Shake (3F1+1F3) & H2O
Night (11 pm) : Shake (3F1) & H2O.

Wah! Wah! Wah! Banyak nyer kena makan (shake lah..kalau makan makanan biasa, aku akan jerit yahuuuu!!!!). Setakat ni, baru 2 hari aku betul2 buat ikut schedule. Air plak, marcia kata aku kena minum at least 7 liter per day. Tolongggggggg!!! 7 liter tu banyak giler... naik menggigil aku dengar marcia cakap macam tu. Tapi bila lepas tu dia kata aku bleh mula dengan 4 liter (tak bleh kurang), boleh lah aku tarik nafas lega. Kalau tak.. mau pengsan 6 @ 7 kali tetiap hari aku kena abiskan 7 liter air. Nampaknya aku kena mula bawak bekalan air ke opis lah lepas ni. Kalau tak, mau air kat opis tu aku sorang yang perabis. Hehehehe (~_^)... Jangan marah haa kengkawan...

Dah penat nih.. dah banyak yang aku taip malam ni. macam buat tesis lak. Kekekeke.. Kita tunggu lah sesi penimbangan minggu nih. Harap2, result memberangsangkan..Aminnnn!!!!!

Makanan yang membantu membakar lemak.

Malam ni sesambil tengok TBL Asia dan disambung dengan citer Merlin, aku surf website. Kot-kot lah ada info yang bleh dimasukkan dalam blog. So, aku buka website http://www.myhealth.gov.my/. Hmmm.. banyak gak info yang ada. Cuma presentasi artikel yang tak berapa menarik minat org nak baca (aku agaklah..). Sebabnya info dalam bentuk esei yang panjang. Dalam duk surf tu, jumpa lah artikel nih.. okay lah...

---------------------------------

FAKTA: Makanan yang membantu membakar lemak.

1) Bawang putih: mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolestrol dan lemak yang tidak sihat.
Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam.

2) Epal: mengandungi bahan kimia dipanggil 'pectin' yang juga boleh didapati dalam buah beri dan buahan segar lain.

3) Kacang soya: mengandungi lecitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.

4) Buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon: mengandungi vitamin C serta dikenali sebagai asid ascorbik yang berfungsi untuk membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.

5) Asparagus: mengandungi kimia 'asparagin'. Ia sejenis 'alkaloid' yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.

6) Tauge: sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya terutama vitamin C dan kaya dengan protein yang membantu mempertingkatkan sistem metabolisme.

7) Lobak merah: mengandungi karotina iaitu sejenis vitamin A yang mana membantu membersihkan sistem penghadaman dalam badan dan membuang sisa lemak dengan cepat.

8) Seleri: mengandungi kalsium dan mempunyai tahap magnesium tinggi.

9) Timun: mengandungi sulfur dan silikon. Juga untuk kebaikan buah pinggang untuk membersihkan asid urik.

10) Tomato: tinggi vitamin C dan asid citricmalic-oxalic yang mana ia mempercepatkan proses metabolik. Untuk kebaikan buah pinggang juga, asid berkenaan membantu seseorang membuang air berlebihan

11) Oat: membantu membersihkan organ dalam badan kerana mengandungi sulfur dan iodin. Ia juga membantu membersihkan membran dalam perut dan intestin.

12) Kubis: makanan terbaik yang membantu mengurangkan lemak.

13) Teh hijau: mengandungi kafein yang boleh mengurangkan tahap 'plasma triglycerides' dan membakar lemak.

14) Bawang merah: mengandungi mineral seperti minyak dan sulfur yang membantu untuk memecahkan lemak dan meningkatkan metabolisme badan.

Sunday, February 7, 2010

Update Menu 27 Jan 2010

B/Fast: Shake (4 scp F1 + H20 400 ml) Pagi ni tak tambah Protein powder sebab F3 dah habis. Stok bawak sket jer sebab order lambat sampai..
AM Snack: H20 1 liter
Lunch: Nasi putih (2 senduk) + Udang sambal (5) + Kailan Black Pepper + ikan goreng (1/2) + buah (2 ptg)
PM Snack: Bubir durian (1/2 mangkuk kecil) + Pulut panggang (1) + milo panas (5.00pm)
Dinner: Nasi Putih (2sudu) + ikan sos + sayur rebus + jus oren (1)

Menu update 26 Jan 2010

B/Fast: Milo (1/2 cup) + Crossaint (1 small)
AM Snack: Milo (1 kotak)
Lunch: Nasi + Ayam + Tomyam + Sayur + Sayur + Udang (3) + Sotong (2)
PM Snack: Milo (1 kotak)
Dinner: NAsi (2 suap) + Daging + Sayur
Supper: Tak der sebab makan malam dah lambat. hehehehe.. kira2 dinner cum supper lah ni..

Menu Update 25 Jan 2010

B/Fast: Shake (4 scp F1 + 2 scp F2 + 450ml H20)

AM Snack : Teh (1 cwn)

Lunch: Nasi + Ayam Sambal + ikan+ Sayur campur + buah

PM Snack: Nescafe (1 gelas) + Buah melaka (2)

Dinner: Toufu (5) + Sayur kacang (Rebus) + Ayam + Ikan (1 senduk)

Supper: Cekodok (2) + Nasi Goreng (1 senduk)

Thursday, February 4, 2010

Sihatkah aku??






Bila tengok gambar2 terbaru aku nih...Hmmm..semakin aku sedar yang aku sudah terlalu jauh dari istilah sihat. Walaupun zahirnya aku nampak sihat, aku aktif, tak der masalah kesihatan yang serius, masih boleh bergerak dan berjalan even berlari2 anak sekali pun (tapi aku tak mampu nak berlari laju tau.. ) tapi aku tau, kalau aku tak buat sesuatu, "sihat" akan pergi jauh terus daripada aku. Usia semakin meningkat. Nak atau tak nak bukan persoalannya.. apa yang pasti aku perlu buat sesuatu.. AKU INGIN SIHAT!!!

update menu 24 Jan 2010

B/Fast: F1 (4scp) + F3 (1) +450ml H2O

AM Snacks: Pau Choc (1/2)

Lunch : Nasi + Ayam (Dada) masak kicap + Sayur BAyam + sardin

PM Snacks : Bihun (1 sudu) + Daging Kicap + Jus Oren (2 cup)--> yang ni makan dalam kapal terbang, on the way untuk AP Audit kat UMS Kota Kinabalu.

Dinner :Ayam Rendang (1) + Ikan Lemak Cili Api + Squid sambal + Sayur campur (1/2 cup) + Jeli MAngga

Supper: TAk der... badan dah letih sangat, tido lagi besh.. esok nak sambung lawatan nih... Kroihhhh!!!

Total H20 --> 2

Update Menu 23 Jan 2010

B/Fast: F1 (3) + F3 (1.5) + 400ml H20

AM Snacks: Kerepek (6)+Yogurt Berries (1)

Lunch: NAsi Putih + Ikan Patin Masak Pindang + Ayam Kari (1)+ Jambu Batu (1/2)

PM Snacks: Kuih KAsuwi + Yogurt MAngga (1)

Dinner :Cencaru Goreng (1/2)+ Daging sup (3pcs)+ Fitness Cereal (1 genggam)+ Choc milk (1cwn)

H20 --> 2.5 liter

Update menu 22 Jan 2010

B/Fast: F1 (3scp)+F3(1.5scp)+400ml H20
AM snacks: Biskut Jari (6)+Epal (1 biji)
Lunch: Fish Ball Soup
PM Snacks : Biskut Jari (2)+ Sambal TAhu Tempe (1cwn)
Dinner: F1 (3scp)+F3(1.5scp)+ 1/2 cup choc milk

Total H2O --> 4 liter

Update menu 21 Jan 2010

Hari ni bermulanya homework kitorang yang masuk TBL MQA. Setiap seorang peserta ngan urusetia dikehendaki isi log pemakanan yang telah disediakan. So, start daripada hari ni jugak aku dah mula isi log pemakanan ni. tapi tulis kat buku jer.. tak sempat ar nak key in dalam blog. Kadang2 masa tunggu mak kat hospital tu ada gak teringin nak isi, tapi tak ada mood laks.. lagi besh kalau layan blog org lain. ngeh! ngeh! ngeh! So skrg tengah ada masa, baik aku update apa yang aku makan..

Satu lagi sebab.. kenapa dan mengapa aku sekarang bersungguh2 nak isi log buku nih adalah sebab last week berat aku naik... diulang "berat aku NAIK!!!!!" huwaaaa!!!!! Sib baik cuma 500gm jer..tapi itu pun telah membuatkan aku malu.. Malu Woooooo...urusetia bleh naik berat first week TBL... So, sebelum keadaan bertambah buruk..baik aku ambik langkah segera..

Selain rekodkan apa yang aku makan, aku juga mula dapatkan nasihat daripada coach herbalife aku. Then, in order untuk dia monitor apa yang aku makan, so aku kena update blog nih, dan dia akan memantau dari jauh...

So mulai tarikh hari ini sehingga seterusnya aku kena lebih berdisiplin untuk berjaya dalam misi menguruskan badan. BAk kata mak aku, kalau nak jadi pengurus, kena lah kurus dulu.. Kalau tak, kena panggil apa ya?? takkan Penggemuk kot??? Hmmm... untuk difikirkan... (~_^)..

B'Fast: F1 (3scp)+ F3 (1.5 scp)+ H20 400ml
AM Tea: nescafe (panas) (1cwn)+ kuih (2 ketul)
Lunch: TAk makan
PM Snack: F1 (3scp)+400ml H20
Dinner: Low Fat Milk (Plain 300ml)+ Buah Mangga (1/2)
Supper: Fitness cereal (1genggam) + Coklat Milk (1 cwn)

Turun ke, tak turun... Meh kita tengok progress...