Dah 2 hari aku tak pegi gym. bukan tak nak, tapi semalam abah datang dan hari ni seharian di IJN hantar mak. Hmm... first time masuk IJN sebenarnya. Awal-awal pagi lagi dah sampai. Macam2 orang yang aku jumpa kat sana. Ada yang muda, ada yang sangat tua dan banyak yang sedang2 jer (antara 40 ke 60 tahun). Selepas beberapa urusan penting selesai, hampir 6 jam akhir nya tiba ke kaunter terakhir iaitu kaunter ubat. Mak tak ambik banyak ubat, just ambik antibiotik untuk batuk sebelum boleh proceed dengan prosedur seterusnya 20 Ogos nanti.
Sambil2 duduk tunggu giliran, aku insaf . Banyak nya ubat yang perlu diambil oleh setiap pesakit. hampir 99% membawa balik seplastik besar ubat. Macam memborong ubat jer..
Mungkin bagi mereka, itu yang terbaik. sebab penyakit tu dah berada dalam badan. Cuma bagi kita yang belum ada sakit2 mcm tu, banyak lagi jalan lain untuk kita jadi sihat. Hanya kita yang akan merubah diri kita... If you think you can, you can!
No comments:
Post a Comment