Monday, July 27, 2009

Apa yang aku makan hari ni???

Aku sebenarnya sedang cuba untuk lebih berdisiplin dalam usaha nak diet ni. So aku ambik keputusan nak lebih serius dalam consume herbalife. Dah lama jadi member herbalife, tapi consume on and off. Kalau rasa nak ambik shake, ambik... kalau malas, aku makan jer apa yang aku rasa nak makan. Mungkin masa tu tak serius. dan mungkin masa tu ada lagi unsur2 frust dalam hati ni, so aku ikut hati jer.

Tapi orang kata ikut hati mati. So ada satu hari tu, terdetik dalam hati. Sampai bila aku nak jadi macam ni. Dulu aku pernah diet, pernah kurus, pernah nampak cantik. (part rasa cantik ni aku yang rasa.. hehehe... tanggapan orang tak tau lah kan..) Apa yang penting, aku pernah aktif dan boleh buat aktiviti sukan dengan selesa. Tak macam sekarang ni. Cepat mengah. Cepat penat. Rasa2nya kalau nak main netball tu, confirm semput.. Aku nak kembali macam dulu. Kehidupan yang sihat..

Sekarang ni aku dalam usaha nak lebih serius. Aku akan ambil herbalife secara consistent. Aku jugak akan pegi gym at least 3 times per week. Aku akan pastikan setiap kalori yang diambil dicatat dan penurunan berat badan di rekod setiap minggu.. Doakan aku ok... TQ (^^,)...

Sarapan:
3 scoop herbalife + 400ml air

Tengahari:
Rambutan (6 biji)
Nasi Goreng (1/2 pinggan)

Petang:
Cempedak Goreng (4 ketul)

Malam:
RGC (2 peket)
Roti bakar (2 kpg)+kaya +planta

No comments:

Post a Comment

Turun ke, tak turun... Meh kita tengok progress...