Friday, July 31, 2009

Comel ker???

Di suatu petang yang boring (sebab sumer orang dah balik keje)..

Dia: Apa khabar awak skrg?
Aku: Baik. Sihat2 jer.
Dia: Hmmm... Alhamdulillah... Bagus lah... sihat.. Bila nak jumpa awak ek?
Aku: Hehehehe...tak mau jumpa awak lah..
Dia: Nape?
Aku: Nanti2 lah... Tunggu saya ok skett.. skrg ni saya tengah chubby ni..Tunggu lah tahun depan ker..
Dia: Apa dier? Chubby? Eh! ok lah tu... Comel jer kan...
Aku: ?????!!!! (Terkebil2 jer. Terdiam) Tak nak aih!!! Nanti awak kutuk saya macam dulu2 tuh..
Dia: La.. awak ingat lagi ker? Tak per.. Kalau awak chubby pun, awak nampak comel...
Aku: (dalam hati) Asik2 comel jer.. Huhhhh!!!

Sebenarnya tu petikan dari perbualan phone antara aku ngan dia (haaaa..jangan salah sangka...kawan jer tau). Banyak lagi ayat2 seterusnya.. tapi malas lah nak tulis. Bukan nak angkat diri, tapi perkataan 'COMEL' tu memang banyak makna. Sekali dengar macam puji. kalau fikir banyak kali, macam sindir pun ader gak nih. Tapi kali nih, makna 'COMEL' yang kedua tu yang paling suit. Cis!!!! Tak bleh jadi ni.

Kalau memang COMEL yang 'cun' tu tak per lah.. pujilah banyak2 kali pun tak per..rela jer.. heheheh!!! Tapi kalau COMEL' makna lain, cakap skali jer pun dah berdesing rasanya telinga ni. Silap ari bulan mau tak bertegur sapa setahun dua.

Nampaknya kali nih 'dia' ni tegur aku COMEL lagi. Tak bleh jadi ni. Aku kena buktikan. Bukan lah bermakna aku tukar niat aku nak kurus ni disebabkan 'dia' tu, tapi tak salah kan kalau aku jadikan ini satu CABARAN untuk aku teruskan usaha nih. Chaiyok! Chaiyok! (eh...betul ker ejaan nih? Sally.. pls betulkan ek kalau salah).

Semalam makan apa ek????

Hm... soalan yang susah nak jawab bagi orang yang malas update blog mcm aku nih.
Hello!!!!! June!!!! kan ker ari tu kata kalau nak track progress kita kena catat apa yang kita makan setiap hari...

O..ok.. Semalam makan...

Sarapan (8.30 pg)
4 scoop choc shake + 400ml air

Lunch (1.15 pm)
Nasi (1/2 plate) + sambal goreng + ikan kerisi goreng (saiz sederhana) + sikit kacang buncis goreng. Kuah buh sup sikit, bagi nasi tu basah. tak lah makan tersangkut jer kat anak tekak nih.

Petang: Minum Tea mix (1.2 liter)

Malam:
Bihun Goreng. (Heheheh.. dari ari tu teringin nak makan. Malas nak masak, beli lah seringgit jer harganya)

Eksesais?? huhuhu... bila lah nak pegi gym nih.. selagi lum baik gusi aku nih, rasa takut lak nak gi. Dibuat nyer bengkak dan berdenyut kuat, tak ker naye tu.

p/s: hai...jun...jun... bila lah awak nak rajin nih...

Thursday, July 30, 2009

Menu Rabu 29 July 2009

Sarapan (9.00 am):
Cempedak Goreng (5 ketul) + 500 ml air kosong

Lunch (2.30pm)
4 scoope Choc Shake + 400 ml air

Dinner (7.30pm)
Nasi putih (1/2 plate), ayam masak merah + sayur kobis goreng

(Alamak!!! Malam makan banyak la pulak. Teringin lor nak makan nasi berlauk. Dah byk ari tak makan nasik putih berlauk. So, apa lagi Yum! Yum! Yummy....) Tak per...jangan menyesal... yang penting kena buang balik... ok! ok! ari jumaat ada aerobik @ MQA. hehehehe...

Supper (10.30pm)
rambuten heheheh... (5 biji)

Total air kosong = 1.5 liter. Sikit jer. Tak sedap mulut nak minum. Gusi bengkak lah pulok..

Wednesday, July 29, 2009

weight ticker

Aku tak tau dah macam mana lagi nak import ticker ni ke blog aku. Banyak kali dah cuba nih. WARGGGGHHHHHHH!!!!!!!! Tension. Sapa nak tolong nih. Tension dah...!!!!

Update menu Selasa (28 July 2009)

Pagi ni aku timbang. NAk tengok progress. Hmmm... suke nyer bila tengok dah turun 1.2 kilo lagi. Ini sudah baikkk!! Hehehe..lagi aku bersemangat nak turunkan berat badan nih.

So ni update menu aku hari ni.

Sarapan:
Shake Choc 3spn

Lunch (1.45pm)
NAsi 1/4 + ikan cencaru goreng + sayur kacang buncis goreng

Petang (3.00 pm) appointment dgn dentist untuk cabut geraham bongsu. Kena surgery. Nurse tu pesan jangan makan yang keras2 dan panas2 untuk beberapa hari. sakit jugak kali ni walaupun tempoh nak kuarkan gigi tu cuma 5 minit macam tu. Bius banyak kali sebab aku rasa sakit. Rasa kebas kat mulut sampai malam. Rasa tak selesa jer.

Dinner (7.30 pm)
Rambutan (10 biji)
Campbell Mushroom Chicken Soup (1/2 tin)

Monday, July 27, 2009

Apa yang aku makan hari ni???

Aku sebenarnya sedang cuba untuk lebih berdisiplin dalam usaha nak diet ni. So aku ambik keputusan nak lebih serius dalam consume herbalife. Dah lama jadi member herbalife, tapi consume on and off. Kalau rasa nak ambik shake, ambik... kalau malas, aku makan jer apa yang aku rasa nak makan. Mungkin masa tu tak serius. dan mungkin masa tu ada lagi unsur2 frust dalam hati ni, so aku ikut hati jer.

Tapi orang kata ikut hati mati. So ada satu hari tu, terdetik dalam hati. Sampai bila aku nak jadi macam ni. Dulu aku pernah diet, pernah kurus, pernah nampak cantik. (part rasa cantik ni aku yang rasa.. hehehe... tanggapan orang tak tau lah kan..) Apa yang penting, aku pernah aktif dan boleh buat aktiviti sukan dengan selesa. Tak macam sekarang ni. Cepat mengah. Cepat penat. Rasa2nya kalau nak main netball tu, confirm semput.. Aku nak kembali macam dulu. Kehidupan yang sihat..

Sekarang ni aku dalam usaha nak lebih serius. Aku akan ambil herbalife secara consistent. Aku jugak akan pegi gym at least 3 times per week. Aku akan pastikan setiap kalori yang diambil dicatat dan penurunan berat badan di rekod setiap minggu.. Doakan aku ok... TQ (^^,)...

Sarapan:
3 scoop herbalife + 400ml air

Tengahari:
Rambutan (6 biji)
Nasi Goreng (1/2 pinggan)

Petang:
Cempedak Goreng (4 ketul)

Malam:
RGC (2 peket)
Roti bakar (2 kpg)+kaya +planta

Hanya kita yang akan merubah diri kita...

Dah 2 hari aku tak pegi gym. bukan tak nak, tapi semalam abah datang dan hari ni seharian di IJN hantar mak. Hmm... first time masuk IJN sebenarnya. Awal-awal pagi lagi dah sampai. Macam2 orang yang aku jumpa kat sana. Ada yang muda, ada yang sangat tua dan banyak yang sedang2 jer (antara 40 ke 60 tahun). Selepas beberapa urusan penting selesai, hampir 6 jam akhir nya tiba ke kaunter terakhir iaitu kaunter ubat. Mak tak ambik banyak ubat, just ambik antibiotik untuk batuk sebelum boleh proceed dengan prosedur seterusnya 20 Ogos nanti.

Sambil2 duduk tunggu giliran, aku insaf . Banyak nya ubat yang perlu diambil oleh setiap pesakit. hampir 99% membawa balik seplastik besar ubat. Macam memborong ubat jer..
Mungkin bagi mereka, itu yang terbaik. sebab penyakit tu dah berada dalam badan. Cuma bagi kita yang belum ada sakit2 mcm tu, banyak lagi jalan lain untuk kita jadi sihat. Hanya kita yang akan merubah diri kita... If you think you can, you can!

Saturday, July 25, 2009

aku mahu sihat... kenapa tajuk ni???

Tajuk ni tetiba jer terlintas kat fikiran ni. Yer lah... secara logiknya, siapa yang tak nak sihat kan...semua orang nak sihat...

Hmmm... aku rasa dah sampai masanya aku berubah dan beralih kepada keadaan yang lebih baik. So... apa lagi... di sinilah motivasi aku...

Yakin BOLEHHHHHH!!!!!!

Turun ke, tak turun... Meh kita tengok progress...