Tuesday, April 17, 2012

Kalori defisit

Seminggu dulu berat aku naik 0.6kg, tapi aku tak putus asa terus juga dengan menu HL aku. Dan sebagai hasilnya, semalam berjaya mencatatkan penurunan lagi sebanyak 1.4 kg. Alhamdulillah...Hehehehehe...suke nyer... senyum lebar aku... walau pun tak banyak, ok lah jugak ada penurunan kan???

Dan oleh itu, sekali lagi hari ini aku mengingatkan diri sendiri bahawa untuk menurunkan berat badan (yg dah terlebih nih..) aku takkan dapat mencapainya dalam satu atau dua hari sahaja. Walaupun telah ada penurunan, aku tak bleh terlalu suka, tak bleh terlalu gembira, perjalanan ini masih jauh.

Semalam juga aku pegi pemeriksaan kesihatan di Malaysian Cohort, HUKM. Aku memang dah tau yg aku ni serba serbi terlebih kat badan ni... takut untuk menghadapi realiti keputusan pemeriksaan ini, tapi aku cakap kat diri sendiri, ini lah masanya June, siapa lagi yang akan membantu, kalau bukan diri sendiri. So, berbekalkan analisis komposisi badan yang staf HUKM tu bagi, aku kena bekerja lebih gigih untuk capai hasrat murni nih (hehehehehe..murni sangat lah ek???)

Ke arah mencapai hasrat tu, sekali lagi aku cuba khatamkan cara2 dari KZ dan laksanakan 'pemotongan kalori' dalam food intake aku. Rasa-rasanya perut ni dah mula adapt dengan menu sekarang which less carbo, less sugar, more veges n fruits, more water and of course shake on time. InsyaAllah, next week nak mula untuk work out. Memandangkan sebelum ni beberapa cubaan jogging (secara drastik) menyebabkan kecederaan dan kesakitan kaki yang mengganggu plan aku, maka kali ni nak buat yang simple2 dulu, dan mungkin mula dengan walking jer. Bila kaki dan mantap, akan ditambah intensiti nya sikit demi sedikit sehingga aku mampu berlari seperti dahulu.

Hopefully plan ni akan berjalan lancar lah hendak nya... Amin... :)

No comments:

Post a Comment

Turun ke, tak turun... Meh kita tengok progress...