Tuesday, August 11, 2009

Kerja oh! Kerja.. Lawatan lagi... Makan lagi lah pulokkk..

Hari ni hari selasa. Sepatutnya aku dah ambik berat aku minggu ni. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Aku dah 3 hari keluar KL untuk lawatan. So macam biasa, kalau outstation ni, makan adalah agenda yang best sekali. Kali ni aku ke Kota Bharu Kelantan. Lawatan sepatutnya 2 hari jer. Tapi aku sambung terus ke Kuantan pulak ikut mentee aku. Kira memantau lah ni.

Aku bertolak ke Kota Bharu hari ahad pagi. Ambik flight kul 10.10 pagi. Sampai hotel, siap check in dalam kul 12.15. So naik bilik rehat2 kejap, kul 3.30 aku siap2 sarung selipar, berjalan kaki ke pasar Siti Khadijah atau nama glamour nya pasar bulat. Sampai sana, berpeluh2 , penat oiiii... mau burn calorie barang seratus dua. Yo lah tu junnn.. naik tingkat dua, pusing2 kedai kat atas tu cari tudung ngan blouse untuk mak. Rabak gak lah poket aku 2-3 ratus. Hehehehhh... tapi puas hati... dapat sumer yang aku cari.

Masa duk kat kb ni, semua yang aku teringin nak makan aku beli. Still macam dulu, makanan masih murah berbanding KL. Aku dapat makan nasi kerabu, laksam, nasi tumpang, kuih akok, keropok lekor dan macam2 lagi. Makanan semua ni bukan tak der kat kl tapi tak seoriginal kat kota bharu.

Sekarang ni aku kat klia. tengah tunggu flight ke kuantan plak kul 10.10 mlm. Masa awal2 turun dari flight KB tadi, perut aku tiba2 lapar. Yer lah... naik flight kali ni aku fully pakai mask. Takut wooo... H1N1 dah terlalu banyak jangkitan. So sebagai akibatnya tak minum dan tak makan apa2 pun kat airport mahupun dalamflight. sepanjang perjalanan aku tido jer. Bila dah sampai klia, jalan2 sket, nampak KFC, hmmm yummy... sedapnya. Apa lagi. "Cik, saya nak snack plate spicy, makan sini ya." hehehehhh...tangkap KFC tu.. huh puas hati.. so malam ni tak yah nak makan apa2 lagi jun.

Insaf lah jun. Nanti next week tak turun berat... siap jun... terima lah pembalasannya...

1 comment:

  1. tumpang lalu iyer kak...

    mcm kenai...aik tak perasan lar...!!!nie akk june ek???hehehehehe

    ReplyDelete

Turun ke, tak turun... Meh kita tengok progress...