Friday, March 30, 2012

Sangat berbeza kan???




Cuba bandingkan kedua2 gambar diatas. Dua2 gambar semasa kursus di Cherating. Yang atas sekali gambar 6 tahun yang lepas (tahun 2006).. Sangat comel rasanya masa tu... hehehehe, walaupun bunyi nya mcm perasan kan?? nak cakap jugak. Muka pun nampak fresh n happy.

Gambar kedua masa kursus baru2 ni (23-25 Mac 2012). Sangat chubby.. muka penat, tak fresh, penuh stress.. huhuhuhu...tak suka! tak suka! tak suka!

Nak comel semula macam gambar yang pertama tu!!!!!!

Makan apa hari ni, semalam dan kelmarin???

Hhhhhmmm...macam mana nak mulakan ya?? Actually, aku ni bukannya jenis yang rajin nak meng'update' blog tetiap hari just untuk menu hari-harian aku.. yang aku tau, aku tgh cuba nak merajinkan diri ke arah tu.. huhhuhuhu (doakan aku ek..) hehehe :)

Kenapa aku kena update apa yg aku makan??

Sebab pertama: Aku nak simpan rekod apa yg aku dah masukkan dalam perut aku nih..

Kedua:
Kalau dah tertulis dalam blog ni, mesti org akan baca, dan aku tak mau lah org cakap aku makan banyak.. hehehehe.. so aku akan sentiasa beringat lah kan...(yang dulu2 tu kira sejarah lah kan..bukti dah ada, cuma kalau boleh nak lah ilangkannya..sikit demi sedikit.)

Last sekali: Aku minta sesapa yang lepas ni nampak aku terlebih makan atau sengaja lebih makan atau makan apa-apa yang tak sepatutnya, boleh lah tegur aku, supaya aku tak tersasar daripada landasan. Cukup2 lah tu, dengan umur yg dah nak masuk 35 tahun ni (actually aku rasa macam baru 25 tahun, hehehe), kena lah fikirkan kesihatan diri. Betol tak???

So sebagai mengorak langkah seterusnya, ni rekod makan untuk semalam - Khamis (30/3/12)

B/fast: Roti Bakar + Milo suam (Ni kes tak sempat nak sediakan shake..)
Morning Tea: Karipap (1)
Lunch: Nasi tomato (1/2 pack), ayam masak merah & sayur campur (brokoli, kubis bunga,Carrot)
Evening Tea: Cekodok pisang (5) - beli kat kedai pakcik Basri
Dinner: Cereal Fitness + Low Fat Milk (1 mangkuk)
Total H2O: +- 3.5 liter

Untuk menu hari2 sebelumnya, aku dah lupa. Apa yang penting skrg ni, aku akan amik shake untuk sarapan pagi. Dan untuk hari2 selepas ini, shake adalah sarapan utama dan malam aku dah kena limitkan food intake kepada biskut dan makanan yang seangkatan dengannya sahaja.

Ok lah jumpa lagi di diari makanan akan datang.. Bye.. Chaiyokk!!!

Monday, March 26, 2012

2012..sudah 3 bulan berlalu..

Salam tahun 2012. Aku harap belum terlambat untuk aku ucapkan salam tahun 2012. hehehehe..dah nak habis pun bulan Mac 2012, aku baru nak bermula.

Actually aku baru start semula program diet aku nih.. teruja tengok kawan-kawan yang dah berjaya dalam perjalanan menguruskan badan... Tapi itu bukanlah sebab utama aku untuk berdiet. Faktor utama ialah Aku nak sihat!!! Kesedaran ini dah lama, cuma nya belum berjaya untuk memulakannya.

Last 2 weeks aku dah berjaya ambik shake untuk setiap pagi. Insya Allah akan meneruskan untuk ambik shake 2x sehari untuk 2 minggu lagi (sebagai permulaan) ... dan hari-hari seterusnya sampai capai target.

Chaiyok!!!

Turun ke, tak turun... Meh kita tengok progress...