Wednesday, October 7, 2009

Sesi penimbangan selepas raya. Huhuhu....turun ker??

Ingat tak post aku sebelum raya ari tuh. Perkara yang paling seronok sebelum bercuti adalah ketibaan hari raya. Dan perkara yang paling menakutkan juga adalah tibanya hari raya. Bukan apa..confirm makan tak ingat dunia punyer.. heheheh.. itu lah yang terjadi pada aku. Almaklumkan, tetiap tahun aku menang tender memasak masa raya. Bukan sukarela ya.. diulang sekali lagi!! Bukan sukarela tapi terpaksa dan dipaksa menang coz tak dak contestant lain. Tak der sapa yang boleh diharap untuk memasak tahun ni. Mak tak sihat. Adik aku laks tunggu hari bersalin.. Nak wat cam ner...

So bermula dari hari jumaat (18/9/2009) aku secara rasminya menjadi tukang masak lah kat umah mak. Bermula dari sahur sampai lah ke berbuka puasa..sambung lah pulak buat kuih raya, siapkan hidangan raya sampai ker menyediakan semua sesi makan makanan sepanjang seminggu aku bercuti raya. penat giler..

Bila dah abis cuti mula terfikir..Takut nyer aku nak timbang ni. Agak2 turun ker tambah ha?? Huwaaaa!!! TAkut!!!! TAmbah2 lagi sally bagi tau yang contestant Sumi kebanyakannya menambah, bukan menurun. Nak timbang ker tak nak? nak Ker? TAk ker?? LAst sekali, aku tangguhkan seminggu lagi.

Okay.. cukup seminggu, tiba lah hari yang ditunggu2.. naik penimbang, hmmm... boleh lah... tak banyak sikit pun cukuplah.. yehaaa!! turun gak 900gm heheheh.. daripada tak turun langsung. Jumlah yang naik selepas raya tu tak yah amik kira, nanti tension.. yang penting berat terkini.. Alhamdulillah.. Cuma aku confused nih.. total fat tak turun2 nih. Agaknya aku kena pegi gym kot. hehehe..bercinta betul lah nak mula pegi gym nih. TApi kalau tak pegi, lambat lah pulak penurunannya. En. Bos pun ada bagi tau yang kalau amik herbalife ni, kena jugak pegi gym untuk mengaktifkan penurunannya. Tak per! Tak per.. lain kali aku pegi lah. mungkin next week.. yaaa..next week aku akan pegi gym semula. Hohoho..FF tunggulah kehadiran aku..

No comments:

Post a Comment

Turun ke, tak turun... Meh kita tengok progress...