Hari ni tetiba nak jenguk blog yang dah berkurun tak di update. Rasanya bukan saja tak update, jenguk sekali sekala pun susah. Sampai kan orang tumpang lalu pun tak perasan. Heheheh... sorry ar farid.. makcik tak perasan lah hang datang menjenguk blog makcik nih.. Any way thank you.
Sebenarnya bulan ni merupakan bulan yang sangat-sangat sibuk untuk cik june. Sibuk dengan keje?? Yang tu memang lah..tak penah nak surut. Baru jer settled few files dalam meeting MJA/MJS, dapat lagi fail baru. tapi nak wat cam ner kan.. dah tanggungjawab buat jer lah.. Satu lagi yang buat aku sibuk sikit dalam bulan posa nih ialah aku tetiap minggu balik kampung, jenguk mak yang tak sihat. Weekend jer memang tak free. So kalau dah balik kampung tu, banyak lah aktivitinya. Nak jenguk laptop pun rasanya dah tak berkesempatan. Mana tak nyer, kalau dah siang hari ke hulu ke hilir buat keje, kalau dah malam tu apa lagi yang paling best selain dapat rehat, layan tv dan tidor. zzzzz!!!!!! kena tido awal coz pagi2 esok nak bangun sahur plak. hmmmm...memang letih, tapi puas hati bila tengok semuanya terurus. Yang penting tengok mak happy bila aku balik kampung tu..
Dalam bulan puasa ni jugak, aku tekad nak fully komited ambik herbalife. Aku tak planning pun nak ambik untuk berbuka. Otak aku nih dah set nak makan nasi waktu berbuka dan cuma ambik F1 masa sahur. Mula-mula memang susah, rasa macam tak confident jer nak ambik F1 tu. Cuba jer lah..hehehe...sekarang dah tak kisah pun ambik shake jer. Memang kenyang. So aku teruskan lah sampai sekarang. Apa yang aku perasan sejak lebih kurang 3 bulan aku ambik herbalife ni, berat memang turun consistently..mesti ada penurunan setiap minggu walaupun sikit. Dan kalau tak turun sekali pun, yang penting, berat tu tak naik.
Satu lagi yang buat aku happy ialah banyak baju dah bleh pakai balik. Kalau awal tahun dulu aku frust dengan baju baru aku, bukan 1 tapi 4 pasang (yang dah siap jahit tapi baru first time nak pakai) tak leh nak di sarung atau kalau dapat sarung pun dah mengalahkan sarung nangka. kesian baju tu ekkkk... Tapi...Sekarang dah bleh pakai balik.. yehaaaaa!!!!!!!!!! jimat kos beli baju baru... yeh!yeh!yeh!
So, ni progress penurunan berat aku setiap 2 minggu:
23/6 hingga 7/7 (-0.8kg)
7/7 hingga 21/7 (-0.8kg)
21/7 hingga 4/8 (-2.4kg)
4/8 hingga 18/8 (0.0 kg) Frust gak lah masa nih...
18/8 hingga 1/9 (-2.0kg)
1/9 hingga 15/9 (-2.4kg)
15/9 hingga 29/9 (???? kilo lagi yang aku boleh turunkan nih..huhuhu takut nak timbang)
So sekarang aku lebih bersemangat nak teruskan usaha murni nih, (chewahhh3x... murninya cik june...) cuma cabarannya akan lebih besar bila raya nanti. maklumlah sana sini banyak kuih raya lah.. (dah lah aku order banyak kuih tahun nih) ketupat lah... rendang lah..air manis lah, segala jenis air ada, air oren, air epal, air anggur dan banyak3x jenis air manis lagi yang yummylicious.. belum kira kerepek yang pelbagai jenis. Mau tak berenti mulut aku mengunyah nanti.. hmmm.. takut nak membayangkan. Aku harap aku boleh menyabarkan diri aku dan control apa yang aku makan. Aku setkan siap2 dalam fikiran aku nih, kalau bukan aku yang jaga kesihatan aku sendiri, sapa lagi yang nak jaga kan... kalau aku tak buat betul2, sapa yang rugi??? Aku jugakkkk....